Thursday, January 12, 2012

Majlis Perasmian Black Cube UPM

CEO My Distributor Fazil Hashim bertukar MOU dengan Pengerusi KUPUTRA UPM Dr. Dasrilsyah Syahrial sambil diperhatikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin .

SERDANG, 22 Februari – Universiti Putra Malaysia mengorak langkah ke hadapan dalam penyediaan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kepada pelajar apabila melancarkan kedai konsep ICT ‘Black Cube’ UPM di kampus itu.

Black Cube yang dibuka pada 1 Februari lalu di pintu 5 bersebelahan Padang Ragbi Fakulti Ekologi Manusia merupakan kedai model francais kerjasama pintar antara Koperasi UPM Berhad dan syarikat My Distributor (M) Sdn. Bhd.

Kedai Black Cube di UPM adalah yang pertama di Malaysia dan akan diikuti oleh kedai konsep yang sama di lima IPTA lain iaitu di Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang dan Sabah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Black Cube merupakan kedai konsep francais ICT pertama dibuka di IPTA negara ini dan telah dianugerahkan status Authorized Service Provider.
“ Dengan adanya kedai seperti ini, pelajar UPM tidak perlu lagi keluar hingga ke Kuala Lumpur kerana harga yang ditawarkan di sini setanding dengan harga di luar kampus,” katanya ketika merasmikan pembukaan kedai konsep ICT Black Cube di sini.

Beliau menghargai usaha UPM membenarkan syarikat swasta bekerjasama dengan universiti membuka kedai di kampus kerana akan memberikan banyak kebaikan kepada pelajar dan staf UPM.

Ketua Pengarah My Distributor Fadzil Hashim berkata kedai itu menawarkan harga yang berpatutan dengan memberi nilai tambah untuk produk, servis dan perkhidmatan.

“ Kedai ini bukan saja menjual barang ICT, tapi juga mempunyai kafe yang menjual pelbagai makanan dan minuman dengan harga berpatutan,” katanya yang mensasarkan untuk membuka kedainya di kesemua IPTA di negara ini dalam masa 3 tahun lagi.

Pada majlis itu turut diadakan sesi pertukaran dokumen MoU antara My. Distributor dengan Koperasi UPM Berhad, Lenovo Malaysia, OKI Malaysia, Microsoft Malaysia, Checker Plate Malaysia dan AVIRA sambil disaksikan oleh Datuk Seri Khaled.

Berita ini ditulis oleh Seksyen Media, Publisiti dan Penerbitan UPM.(Hazwan Faisal Mohamad)

http://www.blackcube.asia/myCMS/index.php?option=com_content&view=article&id=46:blackcubeupm&catid=1:latest-news&Itemid=50

No comments:

Post a Comment