Thursday, January 12, 2012

Pelan Tindakan Pembangunan ICT

Pelan Tindakan Pembangunan ICT

E-mail Print PDF

Pelan tindakan Pembangunan ICT Universiti ini dirangka untuk menjadi asas perancangan ICT yang kukuh dala mencapai halatuju ICT yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu; Fasa I : 2001-2005 dan Fasa II : 2006-2011.

Sasaran pembangunan ICT adalah untuk menyediakan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang kodusif serta menwujudkan urus tadbir yang berkualiti dan cekap seiring dengan halatuju universiti sebagaimana yang digariskan di dalam Blueprint Universiti. Kepercayaan dan kepuasan pelanggan diambilkira dalam menyediakan pelan tindakan ini serta cabaran-cabaran yang perlu ditangani.

Stategi yang digariskan dalam pelan tindakan adalah seperti e-Pengurusan, e-Pembelejaran, K-Universiti, infrastruktur dan komunikasi dan pembudayaan ICT.

Keseluruhan Pelan TIndakan Pembangunan ICT Universiti yang dirangka akan menjadi panduan dalam memastikan Universiti sentiasa cemerlang dan gemilang.

Matlamat

Menyediakan Sistem Pengurusan Kampus Bersepadu bagi menyokong pembangunan dan pentadbiran Universiti ke arah yang lebih kompetitif dengan memberikan perkhidmatan dan pengurusan ICT yang dinamik dan cemerlang serta memenuhi keperluan pelanggan.

Hala Tuju

Menyediakan prasarana ICT terkini, kondusif dan mencukupi kepada seluruh warga universiti untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan graduan berkualiti, mempertingkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan(R&D), mempertingkatkan kualiti dan kecekapan pentadbiran serta menjadikan masyarakat UTHM sebagai satu masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cara yang paling berkesan.

Nota: Untuk mendapatkan Pelan Tindakan Pembangunan ICT yang lengkap, sila rujuk kepada Pejabat Am PTM.


LINK

No comments:

Post a Comment