Sunday, February 12, 2012

AKRAB UTHM Anjur Kursus Forensik Digital & Keselamatan IT

Pusat Siber Taman Universiti - 15 September , Persatuan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) UTHM buat pertama kalinya telah menganjurkan Kursus Forensik Digital & Keselamatan IT untuk pelajar UTHM. Kursus yang berlangsung selama sehari di Pusat Siber Taman Universiti ini telah disertai oleh 18 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai fakulti. Penceramahnya ialah En Sahizan Sagi dari Unit Audit Dalam UTHM yang merupakan penceramah tunggal kursus Forensik Digital di UTHM. Beliau yang juga merupakan Ketua Unit Publisiti AKRAB berpengalaman 3 tahun dalam menjalankan kursus ini kepada staf UTHM.

Antara objektif utama diadakan kursus ini ialah mempromosikan secara langsung AKRAB kepada pelajar UTHM. Memberikan pendedahan kepada pelajar bidang Forensik Digital yang sedang berkembang di Malaysia. Selain itu memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai isu keselamatan IT dan cara menanganinya.

Kursus telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Peserta telah diberikan terlebih dahulu modul kursus dan juga pamplet dan buletin AKRAB UTHM yang terkini. Pada sebelah pagi peserta telah diberi ceramah mengenai Forensik Digital dan menjalankan latihan praktikal manakala sebelah petang ceramah mengenai isu Keselamatan IT pula telah diberikan. Sebanyak 5 cabutan bertuah telah diberikan sepanjang kursus. Cabutan bertuah tiket kapal terbang Air Asia ke Kuching Sarawak terpaksa ditangguhkan kerana jumlah peserta belum mencapai sasaran yang telah ditetapkan penganjur.

AKRAB UTHM akan mengadakan semula Kursus Forensik Digital ini untuk siri kedua pada 19 November 2011 di Pusat Siber Taman Universiti. Kepada mana-mana pelajar UTHM yang masih berminat untuk menyertai kursus ini sila berhubung terus dengan En Sahizan Sagi di Unit Audit Dalam (tingkat bawah bangunan gunasama pejabat pendaftar UTHM) No Tel : 07 4537282 / 0145153792 atau En Nor Azuwan Bin Ab Rahman di MCAD 2 Blok C2 No Tel : 07 4537676 / 0197590455. Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 November 2011. Untuk maklumat lanjut sila layari lamanweb berikut :

http://e2.uthm.edu.my/pkpp/akrab/kursusakrab/kursusforensik/kursus_forensik.html

Disediakan oleh,

Mohd Rosli Abu Bakar,

Presiden, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,

Tel : 07- 453 8363

No comments:

Post a Comment